Sunday 13 November 2011

RPH Matematik Tahun 1 ( KSSR )

Matematik
Murid            :  Tahun 1 Kuning
Tarikh           :  19 Ogos 2011
Masa             :  2 waktu ( 60 minit )
Bidang           :  Sukatan & Geometri
Tajuk            :  Masa & Waktu
Standard Kandungan  :
5.1 Menamakan hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari persekolahan
 Standard Pembelajaran  :
iv)  Menamakan bulan dalam setahun.

Bahan Bantu Mengajar  :
i)            Kad Imbasan
ii)           Kalender
iii)         Gambar Perayaan ( Tahun Baru Cina, Gawai, Hari Kebangsaan,
      Hari Malaysia, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas )
iv)         Lembaran Kerja
Fasa / SDK
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi

Fasa Persediaaan
( 5 minit )
1.1    Pemerhatian

1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang berkaiatan.

1.      Guru akan memainkan lagu “Tanggal 31” dan meminta murid menyanyi dan bergerak bersama.



Sesi soal Jawab :
1.      Murid-murid tahukah apakah nama lagu yang dimainkan?
2.      Bilakah perayaan ini disambut?

Fasa Imaginasi
( 15 minit )
2.1  Sintesis Idea

2.2.2  Menghasilkan bentuk kamunikasi yang unik – lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran.

1.      Guru bertanya kepada murid apakah jenis perayaan yang mereka sambut dan tahu selain daripada Hari Kerdekaan.
2.      Guru meminta murid menyebut satu jenis objek yang melambangkan perayaan yang mereka tahu.
3.      Guru meminta murid melukis keluar bahan yang disebut mereka supaya semua murid tahu rupa bentuk objek tersebut.


Sesi soal jawab  :
1.        Murid-murid apakah jenis perayaan yang kamu tahu selain daripada Hari Kemerdekaan?
2.      Murid-murid sila sebut dan lukiskan keluar satu jenis benda yang boleh anda selalu lihat semasa perayaan tersebut disambut.
3.      Murid-murid berdasarkan gambar yang dilukis oleh kawan anda, apakah jenis perayaan yang disambut?


Fasa Perkembangan
( 20 minit )
3.1  Penambah Baikan

3.1.3  Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea.

1.      Guru menunjukan kalender dan memainkan lagu untuk mempekenalkan bulan-bulan dalam satu tahun mengikut urutan.
2.      Guru meminta murid menyanyi nama bulan dalam setahun bersama.
3.      Guru menunjukan kad gambar perayaan dan meminta murid menamakan perayaan tersebut


Sesi soal jawab  :
1.       Murid-murid, bulan yang pertama ialah bulan apa?
2.      Murid-murid bulan yang terakhir ialah bulan apa?
3.      Murid-murid apakah jenis perayaan yang disambut berdasarkan kad gambar ini?


Fasa Tindakan
( 20 minit )
4.1 Pelaksanaan

4.1.2  Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

3.2    Amalan Berterusan
3.2.1        Peka kepada perkara di sekeliling.


1.       Guru bertanya kepada murid pada bulan apakan perayaan ini disambut ( berdasarkan kad gambar dari langkah 2 )
2.      Guru meminta murid memasukan kad gambar berdasarkan bulan-bulan tertentu ke dalam carta yang disediakan.


Sesi soal jawab  :
1.        Murid-murid bulan apakah perayaan ini disambut ( berdasarkan kad gambar yang ditunjukan )


Pentaksiran

Lembaran kerja 1
1.      Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja.
2.      Murid perlu betul 4 soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.


Nilai & Sikap

Saling hormat menghormati perayaan bangsa lain.

Refleksi





No comments:

Post a Comment